KEJOHANAN BOLA SEPAK ZON RANTAU ABANG

Tarikh kejohanan pada 1hb Mac 2013 bertempat di Padang SK Tanjung Pati. Keputusan awal SK Kuala Dungun mengalahkan pasukan SK Tanjung Pati dengan keputusan 1 - 0. Perlawanan kedua bertemu dengan SK Serdang, keputusan memihak kepada pasukan kami dengan kemenagan 1 - 0 mengatasi SK Kuala Abang.

Keesokan harinya kami bertemu dengan SK Pulau Serai. Keangkuhan dan keyakinan pemain membawa padah dengan kekalahan yang agak teruk dengan SK Pulau Serai. Kekalahan 0 - 5 memberikan kami suatu pengajaran biarpun kami sebenarnya telah layak ke pusingan separuh akhir pada hari esoknya sebagai naib johan kumpulan A.

Perlawanan separuh akhir, SK Kuala Dungun sebagai naib johan kumpulan A akan bertemu dengan pasukan SK Seberang Dungun yang telah menjuarai kumpulan B. Perlawan sengit membawa sehingga ke sepakan penalti. Pasukan SK Seberang gagal menyempurnakan 2 dari lima sepakan dan seterusnya memberi peluang kemenangan kepada SK Kuala Dungun dengan kemenangan 4 - 3. Akhirnya kami layak keperlawanan akhir yang sekali lagi akan bertemu SK Pulau Serai Dungun.

Pada perlawanan akhir, SK Kuala Dungun telah bersedia dengan fizikal dan mental untuk bermain dengan bersungguh-sungguh biarpun kekalahan di pusingan awal di tangan SK Pulau Serai masih lagi mengganggu pemain-pemain kami. Namun perlawanan akhir telah mengubah rentak permainan kami. Kesungguhan pemain dan komitmen semua guru menyaksikan pasukan kami berjaya dengan cemerlang. Kami akhir berjaya menjadi johan pada kejohanan kali ini dengan mengalahkan pasukan SK Pulau Serai.

Tahniah kepada semua pemain dan gvuru-guru pengiring.Ustaz Khamsani, Ustaz Izaidie, Cikgu Tengku Mohd Fauzi, Cikgu Anuar dan lain-lain yang begitu komited menjalankan tugas dan tanggungjawab sehingga berjaya menipta kejayaan ini.

TAHNIAH!... MOGA KEJAYAAN INI SEBAGAI PERMULAAN UNTUK KEJAYAAN YANG LEBIH BESAR.....


PADANG BARU HAMPIR SIAP

Keadaan padang sekolah kami yang telah dinaiktarafkan semakin siap untuk diserahkan oleh kontraktor namun ada beberapa perkara yang masih belum selesai disempurnakan. En Arif selaku pegawai JKR daerah Dungun yang telah dirugaskan untuk mengawasi perkembangan projek ini masih lagi kurang berpuas hati dengan beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kontraktor seperti keadaan rumput yang semakin kering dan mati di beberapa tempat yang perlu dibaiki.


CATUR MSS DUNGUN

Pasukan atur SKKD telah menyertai kejohanan atur MSS Dungun yang berlangsung di SMK tengku Intan Zaharah. Walaupun pasukan catur tidak berjaya menjulang kejuaraan namun keputusan pada tahun ini lebih baik berbanding pada tahun-tahun yang lalu.

Terima kasih kepada ikgu Anuar Muda yang gigih membimbing pasukan ini dengan bantuan Ustaz Izaidie. TK

KEJOHANAN BADMINTON ZON RANTAU ABANG

Pada 12hb Februari 2013 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Badminton bagi Zon Rantau Abang. Kejohanan ini berlangsung di Dewan SMK Pulau Serai, Dungun. Keputusan yang sangat memberangsangkan pada tahun ini. Pasukan SK Kuala Dungun yang dipimpin oleh Cikgu Aminah Zakiah dan dibantu oleh Cikgu Asmawati, Ustazah Ramlah, Ustazah Azizah telah membawa pulang sebutir pingat perak dan satu pingat gangsa. Tahniah kepada team Badminton SK Kuala Dungun.



KLIK 4 ME